Tuesday, February 2, 2010

Grilled Chicken




Bahan-bahan perap
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 tsp black paper
1 tsp mix spice
3tbsp sos lea n perins
garam secukup rasa
1 ranting fresh rosemary(kalau tak suka santa, bubuh separuh sahaja)
optional
2tbsp lemon juice (lynn tak letak sebab tak ada)

campurkan semua bahan, lumur pada ayam. Perap selama 3-4 jam. Bakar dengan ketuhar 200" sampai masak. sebab pakai oven kecil, lynn bake 1jam 30min

serve dengan brown sos (lynn beli ready made kat kedai bakery)
panaskan periuk , anaskan sedikit butter, tuang brown sos, black pepper yang ditumbuk halus,campur air, whisk atas dapur sampai pekat, api perlahan sahaja)

Monday, February 1, 2010

Coney Dog versi malaysia



Bahan-bahannya:

400g daging kisar ramly
1 biji bawang bombay didadu
2 biji bawang putih, ditumbuk
1 1/2 tsp black paper (ditumbuk halus)
1 tbsp serbuk kari ayam dan daging
1 biji lada merah didadu halus
6 tbsp sos cili
garam secukup rasa.

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan black paper dan serbuk kari, kacau.Masukkan daging kisar, kacau seketika. Masukkan sos cili, garam dan lada merah. Masak semua bahan , kalau kering, masukkan sedikit air (lynn tak letak pun)..
kalau ada sos lada hitam, boleh letak sikit.

untuk hidangan
sosej dikukus sampai masak.
roti hotdog dikukus sebentar

optional, boleh letak mayonis bila serve

Roti Boyan


Bahan-bahan:

1 bungkus roti prata segera brand KAWAN

intinya :
4 biji kentang, rebus sampai empuk, lenyek lumat
1 biji bawang india dihiris halus
30g udang kering, rendam untuk kurangkan masin, tumbuk sampai lumat
1 or 2 batang lada merah, didadu or dicincang halus
garam dan lada sulah
2 biji telur
daun bawang dihiris

untuk intinya, gaul semua bahan. Ambil 1 keping roti prata segera. Biarkan seketika untuk defrost, jgn terlalu lembut. Letak inti ditepi, lipat dua (macam buat karipap), kelim seperti ketupat kalau rajin, or just tekan-tekan dengan garpu spt puff. Panaskan kuali leper, letak sedikit minyak, masak spt roti canai.

option:
1.kalau nak bake, letak atas dulang pembakar yg dialas dgn parchment paper, bake 200"C selama 20min
2. kalau nak deep fry pun boleh, tapi kena jaga-jaga, cepat hangus...lynn buat deep fry sebab kes nak cepat.
3. Kalau rajin, boleh buat kulit karipap, buat cara yg sama diatas, tapi versi giant karipap...

Serve dengan sambal ikan bilis