Tuesday, February 2, 2010

Grilled Chicken




Bahan-bahan perap
3 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
2 tsp black paper
1 tsp mix spice
3tbsp sos lea n perins
garam secukup rasa
1 ranting fresh rosemary(kalau tak suka santa, bubuh separuh sahaja)
optional
2tbsp lemon juice (lynn tak letak sebab tak ada)

campurkan semua bahan, lumur pada ayam. Perap selama 3-4 jam. Bakar dengan ketuhar 200" sampai masak. sebab pakai oven kecil, lynn bake 1jam 30min

serve dengan brown sos (lynn beli ready made kat kedai bakery)
panaskan periuk , anaskan sedikit butter, tuang brown sos, black pepper yang ditumbuk halus,campur air, whisk atas dapur sampai pekat, api perlahan sahaja)

Monday, February 1, 2010

Coney Dog versi malaysia



Bahan-bahannya:

400g daging kisar ramly
1 biji bawang bombay didadu
2 biji bawang putih, ditumbuk
1 1/2 tsp black paper (ditumbuk halus)
1 tbsp serbuk kari ayam dan daging
1 biji lada merah didadu halus
6 tbsp sos cili
garam secukup rasa.

Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan black paper dan serbuk kari, kacau.Masukkan daging kisar, kacau seketika. Masukkan sos cili, garam dan lada merah. Masak semua bahan , kalau kering, masukkan sedikit air (lynn tak letak pun)..
kalau ada sos lada hitam, boleh letak sikit.

untuk hidangan
sosej dikukus sampai masak.
roti hotdog dikukus sebentar

optional, boleh letak mayonis bila serve

Roti Boyan


Bahan-bahan:

1 bungkus roti prata segera brand KAWAN

intinya :
4 biji kentang, rebus sampai empuk, lenyek lumat
1 biji bawang india dihiris halus
30g udang kering, rendam untuk kurangkan masin, tumbuk sampai lumat
1 or 2 batang lada merah, didadu or dicincang halus
garam dan lada sulah
2 biji telur
daun bawang dihiris

untuk intinya, gaul semua bahan. Ambil 1 keping roti prata segera. Biarkan seketika untuk defrost, jgn terlalu lembut. Letak inti ditepi, lipat dua (macam buat karipap), kelim seperti ketupat kalau rajin, or just tekan-tekan dengan garpu spt puff. Panaskan kuali leper, letak sedikit minyak, masak spt roti canai.

option:
1.kalau nak bake, letak atas dulang pembakar yg dialas dgn parchment paper, bake 200"C selama 20min
2. kalau nak deep fry pun boleh, tapi kena jaga-jaga, cepat hangus...lynn buat deep fry sebab kes nak cepat.
3. Kalau rajin, boleh buat kulit karipap, buat cara yg sama diatas, tapi versi giant karipap...

Serve dengan sambal ikan bilis

Monday, January 25, 2010

Grilled salmon with creamy lemon sauce

Hidangan untuk 2 orang

perap 2 slice salmon dengan secubit garam, secubit black pepper, secubit mix herb setiap slice, perap 1 jam, kemudian grill atas kuali grill non stick

untuk sos
2 ulas bawang putih,
1 biji bawang merah dipotong dadu
30g butter
½ cup dairy whipping cream
½ cup air
½ tbsp tepung gandum
2 hiris lemon (diperah, ambil jus anggaran 12g)
¼ tsp mixed herb
garam secukup rasa

panaskan butter. Tumis bawang, masukkan cream, air, air perahan lemon, mixed herb. Masak sampai mendidih, masukkan tepung gandum, kacau sehingga larut. Perisakan dengan garam. Tambah jus perahan lemon kalau tak cukup masam.Makan bersama sayur-sayuran.Rebus semua sayur broccoli, kobis bunga, kacang pea, lobak . masukkan sedikit garam dan minyak zaitun. Bila lembut. Toskan.Kalau nak makan terus pun boleh. Lynn panaskan 2 tbsp butter, masukkan seulas bawang putih yg diketuk, garam, lada putih. Masukkan semua sayur yg dittos,tutup api, kacau rata.Lynn panggil ni butter vege...sebab dah jatuh cinta bila makan kat chillis...ratah sayur ajer best....

kacang phool



1 tin kacang phool (tos air, ambik kacang, lenyek or blend kasar)
200g ayam kisar ramly
2tbsp minyak sapi
3 ulas bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (cincang halus)
2tbsp serbuk kari ayam dan daging
4 tbsp sos cili
garam secukup rasa
panaskan minyak sapi, tumis bawang besar dan bawang putih , masukkan ayam cincang dan gaul. Masukkan serbuk kari, sos cili dan garam. Kalau terkering sangat, boleh add air dari tin kacang phool tadi.dihidangkan dengan hirisan lada hijau, telur mata perahan limaumakan bersama roti perancislynn suka spread atas roti , letak cheese, nampak lagi hapenning untuk budak-budak

ayam percik

Bahan-bahannya:

seekor ayam dipotong empat
1 kotak besar santan M&S @ 500ml
1/2 cawan air asam jawa garam dan gula secukup rasa

bahan-bahan kisar
4 batang serai dihiris
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 inci halia
1tsp serbuk kunyit
15 batang cili kering

Campurkan semua bahan diatas dalam kuali. Masak sehingga kuah separuh kering. Angkat ayam, bakar dalam oven 200'C sehingga masak. Lebihan kuah tadi, panaskan sambil bubuh 1 - 1 1/2 tbsp cili sos. Hidangkan ayam, curah kuah percik diatas ayam.

serunding daging

Bahan-Bahan:
1 kg daging batang pinang
3 cawan santan pekat dari 2 biji kelapa
18 tangkai cili kering 2 s/b ketumbar [ goreng tanpa minyak dan tumbuk pecah sikit]

Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula

Cara:
1. Rebus daging hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Masukkan santan bersama bahan kisar & daging dan jerang di atas api sederhana.
3. Bila hampir kering, masukkan ketumbar yg ditumbuk kasar. Kacau sehingga ia kering.

note: air rebusan daging jangan dibuang....gunakan untuk perah santan kalau serunding betul-betul kering dan ringgan, ia tahan lama...yg ni kes nak cepat sebab nak balik rumah, lynn blend separuh